26/12/16

PENDAFTARAN TAHUN 1 DAN PRA SEKOLAH SESI PERSEKOLAHAN 2017

Untuk makluman semua Pendaftaran Tahun 1 dan Pra Sekolah ,Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga akan diadakan pada:

Tarikh : 29/12/2016
Hari    : Khamis
Masa Pendaftaran: 8.00 pagi
Tempat:  Tahun 1 : Dalam Kelas Tahun 1
            :  Pra Sekolah : Kelas Pra Sekolah

Diharapkan ibu bapa dan guru yang terlibat dapat menepati masa yang ditetapkan.
*Pelajar Tahun 1 dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap

21/08/16

CALON-CALON PEPERIKSAAN UPSR SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT TANGGA TAHUN 2016

Sama-Samalah kita mendoakan agar mereka diberi ketenangan dan ilham untuk menjawab peperiksaan UPSR yang bakal mereka duduki pada 5 September hingga 8 September 2016 nanti dan semoga mereka semua akan mendapat keputusan yang cemerlang.
                     
Pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsan Felda Bukit Tangga Bergambar bersama Pentadbir Sekolah dan Guru-Guru Yang Mengajar Tahun 6 bagi  Tahun 2016.

14/07/16

MAJLIS KESYUKURAN DAN PENYERAHAN SUMBANGAN ZAKAT DARI UEM-7 Mei 2016

Pihak Sekolah Merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak UEM atas sumbangan RM 3000 untuk menampung pembinaan surau sekolah sempena dengan Majlis Kesyukuran dan Sumbangan Zakat UEM...Dalam majlis tersebut seramai 120 orang asnaf yang layak (terdiri dari pendudukan sekitar Felda Bukit Tangga,Bukit Kayu Hitam dan Changloon telah terpilih untuk menerima sumbangan zakat berupa barang makanan dan wang tunai.Terima kasih juga kepada wakil UEM dan sukarelawan yang terlibat dalam nejayakan majlis ini.





21/03/16

AKTIVITI SEMASA SEKOLAH CUTI KESAN DARI FENOMENA EL-NINO,EQUINOX,PANAS MELAMPAU DSB ........

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)- KELAS ABAD KE 21
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Rozita Hassan- Pegawai SISC+ PPD Kubang Pasu kerana sudi hadir sebagai Fasilitator dalam kursus ini.Terima kasih juga kepada Puan Laily (SISC+ PPD Kuabng Pasu) yang turut serta dalam LDP ini.
       Yang Paling Penting setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru SK Felda Bukit Tangga yang telah hadir dan menjalani bengkel ini dengan penuh kesungguhan.










Panas melampau - sekolah di Kedah, Perlis tutup 2 hari

Semua sekolah di Kedah dan Perlis ditutup selama dua hari bermula esok berikutan cuaca panas melampau. Arahan penutupan itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid. Menulis di laman Facebook, katanya, keadaan cuaca panas itu berikutan fenomena El Nino.           Bagaimanapun, menurut Mahadzir, penutupan itu hanya membabitkan murid-murid sahaja. “Fenomena El Nino- Kedah & Perlis (22-23 Mac 2016) seluruh sekolah ditutup utk PdP murid sahaja. “Guru kena hadir. Tidak perlu diganti. Kenyataan rasmi menyusul,” katanya. Berikutan fenomena El Nino, Malaysia, khususnya di Kedah dan Perlis mengalami cuaca lebih panas daripada biasa dan jumlah taburan hujan yang berkurangan.

https://www.facebook.com/mahdzirkhalid/
Fenomena El Nino- Kedah & Perlis (22-23 Mac 2016) seluruh sekolah ditutup utk PdP murid sahaja. Guru kena hadir. Tidak perlu diganti. Kenyataan rasmi menyusul.

3/02/16

Perbincangan Bersama Dato' Abdul Rahman Yob

Seluruh warga SK Felda Bukit Tangga merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dato' Abd Rahman Yob (Mantan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah) dan Prof. Madya Dr Abd Latif Kasim dari School Of Education UUM yang telah memilih warga pendidik dari SKFBT untuk program Kolaboratif peningkatan Kualiti dan keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.Perbincangan program ini telah diadakan pada 01 Februari yang lalu.



27/01/16

TAHNIAH BUAT CIKGU MD NOOR ALI

Sekalung tahniah buat Encik Md Noor Ali ( Penolong kanan 1) SK Felda Bukit Tangga di atas Pengurniaan pingat Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M) oleh D.Y.M.M Sultan Kedah sempena hari keputeraan Sultan Kedah Tahun 2016.......
 

Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M)

Bintang ini dikurniakan sebagai hadiah di atas perkhidmatan cemerlang seseorang itu yang telah berjasa dan berbakti atas perkhidmatan yang tinggi mutunya. Telah menjalankan tugas-tugas berlebihan daripada tugas-tugasnya. Bintang ini dikurniakan kepada seseorang yang berpangkat pegawai atau yang setaraf dengannya.


25/01/16

LATIHAN MENGHADAPI KEBAKARAN

 Setinggi Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Semua Guru Penolong Kanan,Guru-guru ,Kakitangan Sekolah,Semua Pelajar SK Felda Bukit Tangga yang telah menjayakan Program ini.

Setinggi Penghargaan Dan Terima kasih Juga Kepada Ketua Balai Bomba Bukit Kayu Hitam dan kakitangan yang telah memberikan kerjasama yang sangat Baik Dalam Menjayakan progran ini.





20/01/16

KEJOHANAN MERENTAS DESA SK FELDA BUKIT TANGGA 2016

Setinggi Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Semua Guru,Staff,Kakitangan Kantin dan pelajar Yang Telah Menunjukkan Komitmen yang Cukup Tinggi Dalam Menjayakan Program/Kejohanan Merentas Desa 2016 ini.
Tahniah Kepada Pelajar Yang Telah Berjaya dan Diharapkan Pelajar Yang Dipilih Untuk Mewakili Sekolah Dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Pada 30 Januari nanti akan Berusaha Sehabis Baik Untuk Mencipta Kemenangan.

MASA ATUR CARA
 7.45 – 8.00 pg.              Pendaftaran Peserta
 8.00 - 8.10 pg.               Taklimat
 8.10 - 8.30 pg.               Memanaskan badan
 8.30 pg.                          Merentas Desa Murid Perempuan Tahun 1 dan 2
 8.32 pg.                          Merentas Desa Murid Perempuan Tahun 3 dan 4
 8.34 pg.                          Merentas Desa Murid Perempuan Tahun 5 dan 6
 8.36 pg.                          Merentas Desa Murid Lelaki Tahun 1 dan 2
 8.38 pg.                          Merentas Desa Murid Lelaki Tahun 3 dan 4
 8.40 pg.                           Merentas Desa Murid Lelaki Tahun 5 dan 6
10.00 pg                           Penyampaian Hadiah/Rehat
Peserta yang akan Mewakili Sekolah
Dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat
Daerah Kubang Pasu nanti.





Gambar Sekitar Kejohanan Merentas Desa SKFBT 2016

19/01/16

AMALAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD 21

Sumber asal dipetik dari:http://www.padu.edu.my/files/Anjakan_Bil_4_(2015)_Final.pdf

KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) SK FELDA BUKIT TANGGA

Seluruh warga sekolah merakamkan setinggi Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2015 yang di umumkan pada hari ini. Penghargaan juga kepada semua guru-guru KAFA SK Felda Bukit Tangga yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam mendidik pelajar-pelajar ini.Daripada 38 Calon yang mengambil ujian ini 8 daripadanya mendapat 8A dan 3 pelajar mendapat 7A.
  Senarai Pelajar Yang Mendapat 8A
1. NUR AZREEN BINTI MOHD NOOR
2. AINNUR SAFIAH BINTI ABU HASSAN
3. AISYAH HAZIRAH BINTI MUHAMMAD FADHIL
4. ALIEA SHAMIERA BINTI AZLIN
5. NUR NADHRAH BINTI ROSLAN
6. NURUL FATIHAH BINTI MAIZOL
7. NURUL KHALILAH BINTI ISMAIL
8. SITI SOLEHAH BINTI ARIFFIN
 Senarai Pelajar Yang Mencapai 7A
1. MUHAMMAS KHAIRUL IKHWAN BIN ZAKI
2. NUR ADIBAH NADHIRAH BINTI AMRAN
3. NUR ANIS SYAHIRA BINTI NIZAM

13/01/16

SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 1437H

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Tahniah kepada semua pelajar yang telah mengambil bahagian dalam memeriahkan program ini.


6/01/16

SEKITAR PERJUMPAAN WARIS TAHUN 6 KALI 1/SESI 2016

Setinggi Penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini.Terima kasih juga kepada ibu bapa yang hadir..........





SERAHAN MEJA SUMBANGAN YAYASAN PRIHATIN RAKYAT MALAYSIA-MY KASIH




SEKITAR HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2016

Seluruh Warga Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga Mengucapkan Selamat datang Kepada Pelajar-pelajar Tahun 1 Dan Pra Sekolah yang sangat bersemangat hadir pada hari pertama sesi Persekolahan 2016 ini. Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Guru yang terlibat melancarkan perjalanan Hari Pertama Persekolahan 2016 ini.Selamat maju Jaya dan Didoakan semoga semua warga SKFBT dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh semangat dan Komitmen yang tingga dalam menjayakan MISI sekolah.