26/12/16

PENDAFTARAN TAHUN 1 DAN PRA SEKOLAH SESI PERSEKOLAHAN 2017

Untuk makluman semua Pendaftaran Tahun 1 dan Pra Sekolah ,Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga akan diadakan pada:

Tarikh : 29/12/2016
Hari    : Khamis
Masa Pendaftaran: 8.00 pagi
Tempat:  Tahun 1 : Dalam Kelas Tahun 1
            :  Pra Sekolah : Kelas Pra Sekolah

Diharapkan ibu bapa dan guru yang terlibat dapat menepati masa yang ditetapkan.
*Pelajar Tahun 1 dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap

21/08/16

CALON-CALON PEPERIKSAAN UPSR SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT TANGGA TAHUN 2016

Sama-Samalah kita mendoakan agar mereka diberi ketenangan dan ilham untuk menjawab peperiksaan UPSR yang bakal mereka duduki pada 5 September hingga 8 September 2016 nanti dan semoga mereka semua akan mendapat keputusan yang cemerlang.
                     
Pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsan Felda Bukit Tangga Bergambar bersama Pentadbir Sekolah dan Guru-Guru Yang Mengajar Tahun 6 bagi  Tahun 2016.

14/07/16

MAJLIS KESYUKURAN DAN PENYERAHAN SUMBANGAN ZAKAT DARI UEM-7 Mei 2016

Pihak Sekolah Merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak UEM atas sumbangan RM 3000 untuk menampung pembinaan surau sekolah sempena dengan Majlis Kesyukuran dan Sumbangan Zakat UEM...Dalam majlis tersebut seramai 120 orang asnaf yang layak (terdiri dari pendudukan sekitar Felda Bukit Tangga,Bukit Kayu Hitam dan Changloon telah terpilih untuk menerima sumbangan zakat berupa barang makanan dan wang tunai.Terima kasih juga kepada wakil UEM dan sukarelawan yang terlibat dalam nejayakan majlis ini.





21/03/16

AKTIVITI SEMASA SEKOLAH CUTI KESAN DARI FENOMENA EL-NINO,EQUINOX,PANAS MELAMPAU DSB ........

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)- KELAS ABAD KE 21
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Rozita Hassan- Pegawai SISC+ PPD Kubang Pasu kerana sudi hadir sebagai Fasilitator dalam kursus ini.Terima kasih juga kepada Puan Laily (SISC+ PPD Kuabng Pasu) yang turut serta dalam LDP ini.
       Yang Paling Penting setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru SK Felda Bukit Tangga yang telah hadir dan menjalani bengkel ini dengan penuh kesungguhan.










Panas melampau - sekolah di Kedah, Perlis tutup 2 hari

Semua sekolah di Kedah dan Perlis ditutup selama dua hari bermula esok berikutan cuaca panas melampau. Arahan penutupan itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid. Menulis di laman Facebook, katanya, keadaan cuaca panas itu berikutan fenomena El Nino.           Bagaimanapun, menurut Mahadzir, penutupan itu hanya membabitkan murid-murid sahaja. “Fenomena El Nino- Kedah & Perlis (22-23 Mac 2016) seluruh sekolah ditutup utk PdP murid sahaja. “Guru kena hadir. Tidak perlu diganti. Kenyataan rasmi menyusul,” katanya. Berikutan fenomena El Nino, Malaysia, khususnya di Kedah dan Perlis mengalami cuaca lebih panas daripada biasa dan jumlah taburan hujan yang berkurangan.

https://www.facebook.com/mahdzirkhalid/
Fenomena El Nino- Kedah & Perlis (22-23 Mac 2016) seluruh sekolah ditutup utk PdP murid sahaja. Guru kena hadir. Tidak perlu diganti. Kenyataan rasmi menyusul.