UNIT BIMBINGAN KAUNSELING SKFBT
28/01/15
PROGRAM SEHARI BERSAMA PESERTA ASEAN UNIVERSITY YOUTH SUMMIT 2015
Pihak sekolah merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Universiti Utara Malaysia atas kesudian menjadikan Sekolah ini sebagai salah satu lokasi untuk Program tersebut. Terima kasih juga kepada mahasiswa dari universiti terlibat yang telah membantu dalam pelbagai aktiviti pada program tersebut.
Setinggi Penghargaan dan terima kasih kepada Professor Dr. Azman Yasin (Pengerusi AUYS 2015)
PROGRAM BERSAMA ASEAN UNIVERSITY YOUTH SUMMIT(AUYS 2015)
Sekitar program bersama mahasiswa-mahasiswi dari universiti negara-negara Asean yang mengambil bahagian dalam Asean University Youth Summit 2015 di SK Felda Bukit Tangga pada 29 Januari 2015 (Rabu)
26/01/15
PERJUMPAAN GURU-GURU BAHASA INGGERIS SKFBT DENGAN PEGAWAI SISC+
Perjumpaan/perbincangan ilmiah ini telah berlangsung pada 14 Januari 2015 di Bilik Guru Besar Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga. Pihak sekolah merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Noor Laily Md Salleh atas segala nasihat dan bimbingan beliau ddalam usaha mempertingkatkan lagi kualiti PdP guru dan prestasi pelajar.Moga kerjasama ini akan berterusan demi menjayakan MBMMBI
25/01/15
MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH SKFBT 2015
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Semua Penolong Kanan,semua guru,kakitangan,ibu bapa dan juga pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu (Penasihat Doktor Muda AKFBT) yang terlibat dalam menjayakan program ini.
24/01/15
UCAPAN TAKZIAH
Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Puan Norshakili Bt Sulaiman atas kembalinya ayahanda beliau kerahmatullah tanggal 23 Januari 2015 bersamaan 02 Rabiulakhir 1436 (Jumaat).
Juga kepada keluarga Puan Hajjah Azila Azwa atas kematian nenda beliau pada 24 Januari 2015 bersamaan 03 Rabiulakhir 1436 (Sabtu).
"SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN GANJARAN YANG BESAR KEPADAMU DAN MEMPERELOK PERKABUNGANMU SERTA MENGAMPUNKAN DOSA MAYAT AHLI KELUARGAMU"
13/01/15
WAVES OF ENGLISH
About Waves of English
Objectives:
The objectives of Waves of English are:
to create the awareness of the importance of English
to improve students’ English Language proficiency with back-to-basic programs
to promote the environment for fun learning of English
to provide support for teachers and promote sharing of best practices and materials
Waves of English activities:
The E-pocket
Writing 1000 simple and easy sentences to improve writing skills. It is constructed to help students with basic vocabulary and tenses.
GIFT (Gear up and Improve for Tomorrow)
An extension of E-pocket for Year 4, 5 and 6 students. Designed to help pupils build up their confidence in writing.
FATE (From Average to Excellence)
A handbook on how to teach students to write creatively using simple, easy-to-follow steps. Teachers will attend a workshop on how to use the handbook.
MBI activities
3 activities to promote fun learning of English.
SEED – Speak English Every Day
WASAL – Write a Sentence and Learn
Puzzle Galore
Sharing of best practices
Series of talks to share best practices of ESL teaching and learning amongst teachers.
LBI Intervention (English LINUS program)
Waves of English UPSR and SPM Visits
❝One language sets you in a corridor for life. Two languages open every door along the way.❞
12/01/15
BILIK DARJAH YANG KONDUSIF
Persekitaran pembelajaran yang kondusif adalah persekitaran yang mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar.
1. Susunan fizikal bilik darjah
Meja dan kerusi murid-murid disusun dengan kemas dan rapi mengikut kumpulan. Meja dan kerusi dalam bilik darjah tahap satu disusun mengikut kumpulan manakala kerusi dan meja dalam bilik darjah tahap dua disusun secara berpasangan. Pembahagian murid-murid kepada beberapa kumpulan kerana kebolehan murid-murid adalah berbeza antara satu sama lain. Dengan susunan fizikal bilik darjah seperti ini memudahkan interaksi antara murid dengan murid dan guru dengan murid.
2. Saiz bilik darjah
Bilik darjah yang agak kecil dan murid-murid tidak dapat bergerak bebas dalam bilik darjah dan akan mengakibatkan murid-murid tidak mempunyai semangat untuk bertanya kepada kawan-kawan semasa menghadapi masalah dalam pembelajaran. Saiz bilik darjah yang besar akan memberikan keselesaan semasa murid-murid bergerak dalam bilik darjah semasa aktiviti-aktiviti dijalankan di dalam bilik darjah.
3. Kemudahan bilik darjah
Kerusi dan meja, papan hitam, kipas, tingkap, pintu, papan pameran, rak-rak dan sebagainya hendaklah disediakan dengan lengkap dan memastikan mereka berada dalam keadaan yang baik. Hasil-hasil kerja murid juga diletakkan atau digantungkan di tempat atau di rak yang sesuai dalam bilik darjah. Keadaan ini akan membangkitkan semangat belajar murid-murid dalam bilik darjah.
4. Pengurusan rutin bilik darjah
Guru menyediakan jadual tugas untuk murid-murid mengikut kebolehan atau fizikal mereka. Jika murid tersebut tinggi, guru akan memberikan dia tugas mengelap tingkap atau pintu. Bagi murid-murid yang bertenaga, guru akan memberikan tugas seperti mengambil sebaldi air untuk kawan-kawan yang bertugas mengelap tingkap dan pintu. Bagi murid-murid yang berbadan kecil, guru akan memberi tugas seperti menyapu lantai, membuang sampah, menyusun kerusi dan meja dan lain-lain lagi kepada mereka. Tujuan pembahagian tugas seperti ini akan mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa serta keadaan fizikal bilik darjah yang bersih dan teratur.
5. Hubungan guru dan murid
Murid sekolah rendah hanya akan mendengar ajaran daripada seseorang yang mereka mempercayai. Oleh itu, para guru perlu membina hubungan yang erat dengan para murid. Para guru memberi kasih sayang dan dorongan kepada semua murid tanpa mengira kaum. Lama-kelamaan, kepercayaan diwujudkan antara guru dengan murid. Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dijalankan dengan berkesan. Malahan, guru yang baik sentiasa dijadikan teladan bagi murid. Oleh itu, guru amat berpengaruh dalam membina sikap positif murid.
Secara kesimpulannya, pengurusan bilik darjah yang baik merupakan salah satu faktor meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid di sekolah akan menikmati dan menggunakan kemudahan yang amat lengkap dan melahirkan anak-anak murid yang cemerlang.
11/01/15
7/01/15
PERSEDIAAN BUKA SEKOLAH 2015
Pohon Kerjasama Guru-guru dan warga SKFBT mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut sebelum hari pertama persekolahan sesi 2015 ini bermula ( 11 Januari 2015)
Guru-guru diharap dapat memastikan sekolah dalam keadaan bersedia sepenuhnya dan tiada sebarang isu pada Hari Pertama Persekolahan Tahun 2015. Berikut adalah antara tindakan yang perlu dilaksanakan secara bersama.
Setiap pelajar mempunyai 1 kerusi, 1 meja dan 1 set buku teks.
Semua bilik darjah, bilik khas, makmal, bengkel dan kantin dalam keadaan kemas, bersih dan bersedia untuk digunakan,
Tandas dalam keadaan bersih dan peralatan berfungsi sedia untuk digunakan.
Kawasan sekolah yang bersih dan kondusif. Rumput kawasan sekolah dipotong pendek.
Perhimpunan Pagi Hari Pertama Persekolahan dilaksanakan dalam satu waktu sahaja.
Tiada sebarang pemeriksaan disiplin dilaksanakan selepas perhimpunan.
Pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilaksanakan mulai waktu kedua.
Semua guru mempunyai Jadual Waktu, menyediakan Rancangan Pengajaran Harian dan masuk mengajar mengikut jadual.
Tiada kutipan bayaran sekolah sepanjang minggu pertama.
Pengetua / Guru Besar hendaklah memastikan tidak berlaku sebarang kejadian buli terutamanya melibatkan pelajar asrama.
Program Sekolah Penyayang hendaklah dilaksanakan.
Buku Tunai Kewangan Sekolah ditutup pada 31 Disember 2014.
Bayaran Bantuan Awal Persekolahan diuruskan dengan segera.
Pemantauan oleh Jemaah Nazir, KPM, JPN dan PPD akan dilaksanakan bagi memastikan Hari Pertama Persekolahan berjalan lancar menepati Touch Point Menteri Pendidikan.

6/01/15
5/01/15
CONTOH SUSUNAN BILIK DARJAH PEMBELAJARAN ABAD 21
Pembelajaran abad ke 21 memperkenalkan susunatur bilik darjah dan bahan dinagunkan secara dinamik di dalam dan di luar kelas di mana pelajar adalah pemaju bersama atau pemaju utama dalam proses P&P berbanding abad ke 20 yang menjadikan guru sebagai pemaju utama.Aktiviti bilik darjah menekankan dapatan dan aplikasi. Di bawah ini adalahcontoh susunan meja/kedudukan pelajar dalam kelas pembelajaran abad ke 21.
4/01/15
BONUS KAKITANGAN AWAM DIBAYAR PADA 15 JANUARI 2015
PUTRAJAYA: Kerajaan setuju pembayaran imbuhan tahunan 2014 atau bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan diawalkan pembayaran pada 15 Januari ini.Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan berharap pemberian itu dapat meringankan beban penjawat awam akibat banjir serta membantu persediaan persekolahan anak-anak.
"Dalam Bajet 2015, kerajaan mengumumkan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.
"Pemberian bonus dan bantuan khas ini dijadualkan dibayar bersekali dengan gaji bulanan Januari 2015.
"Kerajaan prihatin dan memahami situasi semasa terutama sekali kepada penjawat awam yang terbabit banjir. Sehubungan itu, kerajaan kerajaan setuju pembayaran berkenaan diawalkan pada 15 Januari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
2/01/15
PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN 2015
KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat
DOWNLOAD PEKELILING BERKENAAN

Langgan:
Catatan (Atom)