3/10/15

SEMUA SEKOLAH DIARAH TUTUP SELAMA DUA HARI MULAI 5-6 OKTOBER KECUALI KELANTAN



Sidang Media YB Menteri Pendidikan pada 4 Oktober 2015 berkenaan Jerubu.
                                  
              KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Semenanjung diarah tutup selama dua hari bermula esok (5 Oktober 2015)kecuali sekolah di Kelantan akibat keadaan jerebu yang semakin meruncing. Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak dan Sabah bagaimanapun dibuka seperti biasa.
             Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi akaun Facebooknya, sebentar tadi. Sekolah yang terbabit tidak perlu menggantikan persekolahan mereka akibat penutupan ini.
            Peperiksaan PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual pada bulan ini dan November nanti. Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu. "Calon peperiksaan akan dibekalkan dengan topeng sepanjang menjalani peperiksaan sekiranya jerebu berterusan. "Kita hanya akan menangguhkan semua pemeriksaan itu itu sekiranya negara diisytiharkan darurat jerebu," katanya.
        Sementara itu, Mahdzir berkata, bagi tiga negeri iaitu Kelantan, Sabah dan Sarawak, kementerian akan terus memantau Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan keputusan yang sama akan dibuat sekiranya terdapat peningkatan IPU mendadak....


Keadaan Jerubu Sekitar Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga pada
 Jam 11.00 pagi 4 Oktober 2015...







Tiada ulasan:

Catat Ulasan