17/02/19

TAHNIAH PASUKAN BOLA TAMPAR SKFBT 2019

Seluruh warga sekolah SKFBT merakamkan tahniah kepada pasukan bola tampar (Lelaki) sekolah ini yang telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Tampar Daerah Kubang Pasu 2019 yang diadakan di SMK Jitra pada 13 Februari yang lalu.Tahniah juga kepada semua yang terlibat dalam melatih dan membawa pelajar ke pertandingan tersebut.

MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM- 'JOM KE SEKOLAH'

Program Jom Ke Sekolah yang diadakan serentak di semua sekolah seluruh negara telah diadakan pada 18 Februari 2019 ,jam 7.30 pagi.Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Polis Di Raja Malaysia.  Kerjasama dan kolaborasi antara KPM dan PDRM ini adalah sebagai satu usaha untuk memantapkan hubungan dua hala antara Pegawai Perhubungan Sekolah(PPS) dengan pihak sekolah. Selain itu pelancaran program ini adalah bertujuan membantu usaha pihak sekolah dalam mencegah salah laku disiplin murid serta mencegah penglibatan murid dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.
   Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada PPS sekolah ini iaitu Lans Koperal Shafariz dari Balai Polis bandar baru Bukit Kayu Hitam yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama dengan warga SKFBT dalam pelancaran program ini pagi tadi.





27/01/19

SETINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Tuan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah (Jabatan Pendidikan Negeri Kedah) -Cikgu Abd Malik Hasan atas kunjungan beliau ke sekolah ini pada 27 Januari 2019 yang lalu. Kami juga mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan tahniah di atas perlantikan tuan sebagai Ketua Sektor di JPN Kedah baru-baru ini.

PROGRAM MERENTAS DESA TAHUN 2019 SKFBT

Pihak sekolah merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas usaha semua guru,staff dan pelajar SKFBT yang tlah menjayakan acara ini pada 27 Januari 2019 (Ahad) yang lalu. Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya menggondol hadiah dan yang dipilih utnuk mewakili sekolah ke peringkat Daerah Kubang Pasu yang akan diadakan pada 31/01/2019 ini di SMK Megar Dewa. Didoakan semoga anda semua akan berjaya mengharumkan nama SKFBT. Kepada pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat terbaik juga diucapkan tahniah kerana penyertaan anda telah memeriahkan lagi program ini dan semangat kesukanan yang ditunjukkan anda amatlah dihargai.





5/01/19

LATIHAN MENCEGAH KEBAKARAN BERSAMA PASUKAN BOMBA DAN PENYELAMAT BUKIT KAYU HITAM

Pihak sekolah merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Pihak Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam untuk memberikan taklimat dan tunjukcara dalam program Mencegah Kebakaran yang di adakan bersama warga Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga.





1/01/19

Meja Bantuan berkaitan sesi persekolahan 2019

Kementerian Pendidikan menyediakan khidmat Meja Bantuan (HelpDesk) di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi membantu ibu bapa yang memerlukan penjelasan atau maklumat mengenai perkara-perkara tertentu yang berkaitan dengan sesi persekolahan tahun 2019.
Dalam kenyataan di sini hari ini, kementerian memaklumkan ibu bapa boleh menggunakan kemudahan berkenaan untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu seperti pemansuhan Peperiksaan Tahap Satu (Tahun1, 2 dan 3); buku teks; bantuan awal persekolahan dan pendaftaran sekolah bagi kanak-kanak warganegara Malaysia tanpa dokumen.
“Khidmat Help Desk ini akan beroperasi mulai hari ini (2 Januari 2019). Khidmat ini akan beroperasi pada waktu pejabat. Bagi tujuan tersebut, ibu bapa boleh menghubungi JPN masing-masing di talian yang disediakan,” katanya.

JPN Kedah (04-7404000);

31/12/18

SEKALUNG BUDI - GURU BERTUKAR KELUAR 2019

Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Felda Vukit Tangga merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Shakili Sulaiman yang telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok mulai sesi persekolahan 2019.
Kami sangat menghargai pengorbanan Puan Shakili mendidik pelajar-pelajar sekolah ini. Beliau telah berkhidmat menumpahkan baktinya hampir 20 tahun di SK Felda Bukit Tangga.