21/03/16

AKTIVITI SEMASA SEKOLAH CUTI KESAN DARI FENOMENA EL-NINO,EQUINOX,PANAS MELAMPAU DSB ........

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)- KELAS ABAD KE 21
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Rozita Hassan- Pegawai SISC+ PPD Kubang Pasu kerana sudi hadir sebagai Fasilitator dalam kursus ini.Terima kasih juga kepada Puan Laily (SISC+ PPD Kuabng Pasu) yang turut serta dalam LDP ini.
       Yang Paling Penting setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru SK Felda Bukit Tangga yang telah hadir dan menjalani bengkel ini dengan penuh kesungguhan.










Panas melampau - sekolah di Kedah, Perlis tutup 2 hari

Semua sekolah di Kedah dan Perlis ditutup selama dua hari bermula esok berikutan cuaca panas melampau. Arahan penutupan itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid. Menulis di laman Facebook, katanya, keadaan cuaca panas itu berikutan fenomena El Nino.           Bagaimanapun, menurut Mahadzir, penutupan itu hanya membabitkan murid-murid sahaja. “Fenomena El Nino- Kedah & Perlis (22-23 Mac 2016) seluruh sekolah ditutup utk PdP murid sahaja. “Guru kena hadir. Tidak perlu diganti. Kenyataan rasmi menyusul,” katanya. Berikutan fenomena El Nino, Malaysia, khususnya di Kedah dan Perlis mengalami cuaca lebih panas daripada biasa dan jumlah taburan hujan yang berkurangan.

https://www.facebook.com/mahdzirkhalid/
Fenomena El Nino- Kedah & Perlis (22-23 Mac 2016) seluruh sekolah ditutup utk PdP murid sahaja. Guru kena hadir. Tidak perlu diganti. Kenyataan rasmi menyusul.