7/01/15

PERSEDIAAN BUKA SEKOLAH 2015

Pohon Kerjasama Guru-guru dan warga SKFBT mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut sebelum hari pertama persekolahan sesi 2015 ini bermula ( 11 Januari 2015)
Guru-guru diharap dapat memastikan sekolah dalam keadaan bersedia sepenuhnya dan  tiada sebarang isu  pada Hari Pertama Persekolahan Tahun 2015. Berikut adalah antara tindakan yang perlu dilaksanakan secara bersama.

Setiap pelajar mempunyai 1 kerusi, 1 meja dan 1 set buku teks.

Semua bilik darjah, bilik khas, makmal, bengkel dan kantin dalam keadaan kemas, bersih dan bersedia untuk digunakan,

Tandas dalam keadaan bersih dan peralatan berfungsi sedia untuk digunakan.

Kawasan sekolah yang bersih dan kondusif. Rumput kawasan sekolah dipotong pendek.

Perhimpunan Pagi Hari Pertama Persekolahan dilaksanakan dalam satu waktu sahaja.

Tiada sebarang pemeriksaan disiplin dilaksanakan selepas perhimpunan.

Pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilaksanakan mulai waktu kedua.

Semua guru mempunyai Jadual Waktu,  menyediakan Rancangan Pengajaran Harian dan masuk mengajar mengikut jadual.

Tiada kutipan bayaran sekolah sepanjang minggu pertama.

Pengetua / Guru Besar hendaklah memastikan tidak berlaku sebarang kejadian buli terutamanya melibatkan pelajar asrama.

Program Sekolah Penyayang hendaklah dilaksanakan.

Buku Tunai Kewangan Sekolah ditutup pada 31 Disember 2014.

Bayaran Bantuan Awal Persekolahan diuruskan dengan segera.

Pemantauan oleh Jemaah Nazir, KPM, JPN dan PPD akan dilaksanakan bagi memastikan Hari Pertama Persekolahan berjalan lancar menepati Touch Point Menteri Pendidikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan