10/05/15

PLC-Professional Learning Communities

Apa Itu PLC?
Professional Learning Communities (PLC)
PLC ialah singkatan kepada program professional learning communities. PLC merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.  PLC akan menjadi simbol usaha secara komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta membantu sekolah meningkatkan pencapaian.

Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.(Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, & Many, 2006, )

                      Antara Kaedah Pelaksanaan

Penswastaan Amalan (De-Privatization of Practice)


Belajar Secara Berjalan (Learning Walks)
Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran  guru lain dan aktiviti bilik darjah dengan menggunakan protokol atau fokus yang spesifik.

Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi
(Peer Coaching/
Instructional Coaches)
Secara sistematik memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran  pra konferens, pemerhatian dan pasca-konferens (pre-conference, observation, post-conference cycle).

Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian 
(Lesson Study)
Sekumpulan guru secara usaha sama membina satu rancangan pengajaran; diikuti dengan pengajaran/memerhatikan pengajaran, membuat penambahbaikan semasa sesi pengajaran.

Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Sessions)
Sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik.

Satu trend menarik dalam perkembangan pendidikan di negara-negara maju ialah pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik sebagai usaha meningkatkan profesionalisme guru.
Konsep komuniti pembelajaran profesional boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. Sekolah boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, dan aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar.


Pelbagai aktiviti dalam pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional telah digunakan oleh masyarakat guru di negara-negara maju. Antaranya ialah pengajaran bersama rakan guru (team teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan rakan sekerja (buddy support system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar sekolah, dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching).  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan